Sekapur Sirih Dari Pengarah JPSM Negeri Sabah

Pembangunan laman web ini diharap dapat memenuhi aspirasi dan citarasa para pelanggan JPSM terutama sekali bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. 

Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. Kerajaan begitu komited dalam menjayakan pewujudan kerajaan elektronik sepenuhnya. Dimana segenap aspek pengurusan pentadbiran khususnya di kesemua jabatanjabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan agensi-agensinya dilakukan menerusi sistem on-line. Oleh yang demikian sudah tiba masanya, kesedaran ICT ini perlu diberi penekanan yang serius oleh semua kakitangan. Semua peringkat kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menjadi mesra pengguna bagi menjayakan misi tersebut, yakni mempastikan kelancaran pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. Secara langsung ini akan menyumbang kepada usaha mewujudkan sumber manusia yang berdaya saing dan efisien.

 

 teks ucapan penuh 

 

Layari Web JPSM Melalui Telefon Mudah-Alih

 

mobile_jpsm

Android / iPhone / Tab

 
 
 
 
 
 

Pengumuman

IKLAN_PP_JCKDR_2_2018_resized

PROGRAM PERKHIDMATAN PENGAMBILAN PELANGGAN JPSM: PELATIH JCKDR SESI 2/2018 KOTA KINABALU

Para pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) JPSM bagi Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut (JCKDR) Sesi 2/2018 akan menjalani Program Perkhidmatan Pengambilan Pelanggan JPSM (Sesi Latihan Amali / Kerja Kursus) bermula dari 7 November 2018 hingga 7 Disember 2018 bertempat di Kampus ILTP JPSM Kota Kinabalu, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu.

klik sini untuk maklumat lanjut

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
PLK_SPTG_resize

PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN JPSM DAERAH SIPITANG

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan mengadakan Pameran Latihan Kemahiran di daerah Sipitang pada 30 Oktober 2018 (Selasa) bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan semasa pameran ini ialah Pendaftaran Pencari Kerja Online melalui Portal Sabah Job Center dan Portal Jobs Malaysia; Ceramah Bimbingan Kerjaya dan Motivasi; Pameran Kursus-Kursus anjuran JPSM dan IPLKS; dan Demo Perkhidmatan Pelanggan. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran & Inovasi Negeri Sabah. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, para belia dan beliawanis, lepasan sekolah dan para graduan yang belum bekerja yang bermastautin di sekitar daerah Sipitang dijemput hadir ke program ini.


Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Logo_JPSM

KEMPEN MENDERMA DARAH ANJURAN KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI JPSM

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JPSM akan menganjunrkan kempen menderma darah dengan tujuan untuk membantu pengutipan darah bagi mengisi tabung darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Kempen tersebut akan diadakan pada 25 Oktober 2018 bertempat di Dewan Kuliah JPSM, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS dan akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang. Sukacita semua staf JPSM dijemput hadir untuk menderma darah pada hari tersebut.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berita Terkini JPSM

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini549
mod_vvisit_counterKelmarin1516
mod_vvisit_counterMinggu Ini7092
mod_vvisit_counterMinggu Lalu4318
mod_vvisit_counterBulan Ini13315
mod_vvisit_counterBulan Lalu11420
mod_vvisit_counterJumlah1849967

We have: 29 guests online
IP Anda: 54.221.75.115
 , 
Hari ini: Nov 18, 2018

Pautan Akhbar

DElogo