Sekapur Sirih Dari Pengarah JPSM Negeri Sabah

Pembangunan laman web ini diharap dapat memenuhi aspirasi dan citarasa para pelanggan JPSM terutama sekali bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. 

Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. Kerajaan begitu komited dalam menjayakan pewujudan kerajaan elektronik sepenuhnya. Dimana segenap aspek pengurusan pentadbiran khususnya di kesemua jabatanjabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan agensi-agensinya dilakukan menerusi sistem on-line. Oleh yang demikian sudah tiba masanya, kesedaran ICT ini perlu diberi penekanan yang serius oleh semua kakitangan. Semua peringkat kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menjadi mesra pengguna bagi menjayakan misi tersebut, yakni mempastikan kelancaran pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. Secara langsung ini akan menyumbang kepada usaha mewujudkan sumber manusia yang berdaya saing dan efisien.

 

 teks ucapan penuh 

 

Layari Web JPSM Melalui Telefon Mudah-Alih

 

mobile_jpsm

Android / iPhone / Tab

 
 
 
 
 
 

Pengumuman

Logo_JPSM

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JPSM KEPADA PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH

Kunjungan hormat Pengarah JPSM Tuan Zainudin Bin Aman kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Tuan Syahedrul Rahman Bin Joddari di pejabat korporat LKTNS, Times Square, Kota Kinabalu pada 9 Oktober 2019. 

Sesi kunjungan ini adalah untuk berbincang berkenaan cadangan perlaksanaan Kursus SPOL di bawah skim Kementerian Pelajaran Dan Inovasi - Sabah Talent Development Program 2020, satu usahasama JPSM dan LKTNS.

Sila layari laman Facebook JPSM di https://www.facebook.com/jpsmnegerisabah untuk melihat gambar-gambar berkaitan.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Logo_JPSM

JPSM SEDIA PELUANG LATIHAN KEPADA BELIA DI NEGERI SABAH

Petikan lapuran akhbar Utusan Borneo Online pada 4hb Oktober 2019. 

sila klik sini untuk membaca artikel berkenaan

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Logo_JPSM

MAJLIS SERENTAK PENUTUPAN KURSUS-KURSUS TAJAAN JPSM DI SANDAKAN

Satu majlis serentak penutupan dan penyampaian sijil tamat latihan kursus-kursus tajaan JPSM iaitu Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit; Kursus Masakan Restoran dan Katering; dan Kursus Pembuatan Pelbagai Bun yang disempurnakan oleh YB Tuan Calvin Chong Ket Kiun, ADUN N45 Elopura yang mewakili YB Tuan Arifin Bin Asgali, Pembantu Menteri Kepada YAB Ketua Menteri Sabah telah diadakan di Hotel Sandakan pada 4hb Oktober 2019. Turut berada dalam majlis ini ialah Pengarah JPSM Tuan Zainudin Bin Aman.

Sila layari laman Facebook JPSM di alamat https://www.facebook.com/jpsmnegerisabah untuk melihat gambar-gambar majlis penutupan kursus-kursus yang disebutkan.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini4673
mod_vvisit_counterKelmarin8371
mod_vvisit_counterMinggu Ini53490
mod_vvisit_counterMinggu Lalu57154
mod_vvisit_counterBulan Ini110644
mod_vvisit_counterBulan Lalu236463
mod_vvisit_counterJumlah3804828

We have: 99 guests, 4 bots online
IP Anda: 3.228.24.192
 , 
Hari ini: Oct 14, 2019

Pautan Akhbar

DElogo