You are here:
 
 

Berita

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH SAMBILAN ILTP JPSM

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacitanya mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan JURULATIH SAMBILAN di kampus ILTP, JPSM, Jln. Pantai Manis, Papar. Jawatan-jawatan kosong adalah mengikut program-program seperti berikut:

1.  PROGRAM JURUKIMPAL ARKA LOGAM BERPERISAI (1 kekosongan)
2.  PROGRAM MEKANIK PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (1 kekosongan)
3.  PROGRAM JURUKECANTIKAN (1 kekosongan)
4.  PROGRAM PENDANDAN RAMBUT (1 kekosongan)
5.  PROGRAM PENTADBIR ELEKTRONIK (2 kekosongan)
6.  PROGRAM PENJAGA JENTERA (2 kekosongan)

Untuk maklumat lanjut sila klik sini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL TAMAT LATIHAN ILTP JPSM PAPAR SESI 2/2014

 UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sukacita dimaklumkan majlis tersebut di atas akan diadakan pada 18hb Disember 2014, bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Masyarakat Baru, Papar. Sehubungan dengan itu semua staf JPSM adalah DIWAJIBKAN menghadiri majlis tersebut dan tidak dibenarkan bercuti atau bertugas di luar daerah pada tarikh berkenaan. Staf yang memerlukan kenderaan ke venue majlis sila berhubung dengan En. Mohd Hisham bin Ujang atau En. Awang Armia sebelum atau pada 16hb Disember 2014. Tema pakaian majlis adalah baju batik lengan panjang untuk pihak Pengurusan dan baju koprat jabatan untuk staf. Sekian dan terima kasih.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN JPSM PERINGKAT NEGERI SABAH 2014

PLK_80 x 80px

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan satu pameran latihan kemahiran peringkat negeri Sabah untuk menyebar maklumat tentang jenis-jenis latihan kemahiran/kursus diploma dan ijazah yang ditawarkan oleh beberapa institut penyedia latihan kemahiran dan institut pengajian tinggi awam dan swasta. Pameran ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Siringan Gubat, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah. Pameran ini akan diadakan pada 8hb November 2014, bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Lower Ground Floor, Suria Mall, Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

 

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PERKHIDMATAN PENGAMBILAN PELANGGAN PROGRAM JURUKECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT JPSM SESI 2/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa program pengambilan pelanggan ini akan bermula pada 03hb November 2014 sehingga 28hb November 2014 di Salon Pengajaran & Pembelajaran JCK & DR, ILTP JPSM, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Aktiviti ini merupakan salah satu daripada Kerja Kursus (amali/praktikal wajib) bagi semua pelatih JCK & DR Kota Kinabalu untuk melayakkan mereka dianugerahkan Sijil Kemahiran JPSM.Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan kepada semua pelatih, tuan/puan adalah dijemput dan dialu-alukan untuk datang mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara pakej-pakej pilihan yang ditawarkan adalah:

Pakej 01: Cuci + Gunting + Set  Rambut &  Manikur + Pedikur + Cat Kuku 
Pakej 02: Cuci + Gunting + Set  Rambut &  Facial / Scrub 
Pakej 03: Cuci + Gunting + Set  Rambut &  Bentuk Kening + Make-up 
Pakej 04: Warna  Rambut &  Manikur + Pedikur + Cat Kuku 
Pakej 05: Warna  Rambut &  Facial / Scrub 
Pakej 06: Warna  Rambut &  Bentuk Kening + Make-up 
Pakej 07: Keriting &  Manikur + Pedikur + Cat Kuku 
Pakej 08: Keriting &  Facial / Scrub 
Pakej 09: Keriting &  Bentuk Kening + Make-up 
Pakej 10: Stim &  Manikur + Pedikur + Cat Kuku 
Pakej 11: Stim &  Facial / Scrub 
Pakej 12: Stim &  Bentuk Kening + Make-up


Memandangkan aktiviti ini adalah sebahagian daripada sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih maka semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Kecantikan dan Dandanan Rambut daripada pelatih ILTP, JPSM hendaklah menanggung sendiri risiko sekiranya berlaku ketidakpuasan hati atau kemudaratan semasa atau selepas menerima perkhidmatan daripada pelatih ILTP, JPSM. Dengan notis ini, pelanggan tidak boleh mendakwa pelatih dan juga JPSM atas sebarang masalah yang timbul ekoran perkhidmatan pelanggan JPSM ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

TEMU DUGA TERBUKA ILTP UNTUK PENGAMBILAN PELATIH BARU TAHUN 2015

Belia-beliawanis Sabah yang berminat menyertai program kemahiran anjuran Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembanunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah adalah dipelawa untuk menghadiri temu duga terbuka bagi program berikut:

A.  BAHAGIAN TEKNIKAL
1.  JURUKIMPAL ARKA LOGAM
2.  JURUTEKNIK KENDERAAN MOTOR
3.  MEKANIK KENDERAAN PERDAGANGAN
4.  MEKANIK PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA
5.  JURUTEKNIK ELEKTRIK
6.  MEKANIK JENTERA PERTANIAN

B.  BAHAGIAN PERDAGANGAN
1.  SETIAUSAHA KORPORAT EKSEKUTIF
2.  JURUESTETIK
3.  PENGURUSAN PEJABAT
4.  PENDANDAN RAMBUT
5.  JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
6.  PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT

Permohonan ONLINE akan dibuka dari 25hb Ogos 2014 hingga 25hb September 2014 melalui pautan http://iltp.sabah.gov.my ataupun http://www.jpsm.sabah.gov.my

Untuk info terperinci sila klik sini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

SEMINAR JPSM SIRI 3/2014: '1 JPSM KE ARAH PENGEKALAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)'

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sukacita dimaklumkan Jabatan akan mengadakan Sseminar Siri 3/2014 bertajuk '1 JPSM Ke Arah Pengekalan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)' mengikut ketetapan seperti berikut:

TARIKH :  26hb OGOS 2014
MASA :  8.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
VENUE :  DEWAN KULIAH UTAMA JPSM, TINGKAT 7, BLOK A, WISMA MUIS, KOTA KINABALU

PENDAFTARAN :  7.30 PAGI 

Staf adalah diwajibkan menghadiri seminar ini dan tidak dibenarkan bercuti atau bertugas di luar daerah pada tarikh berkenaan kecuali atas sebab-sebab penting/kecemasan yang tidak dapat dielakkan dengan mengisi Borang (JPSM) BPK/13. Dimaklumkan juga bahawa Jabatan akan menyediakan makan minum sepanjang seminar tersebut.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Page 1 of 8

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  Next 
  •  End 
  • »
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval