You are here:
 
 

PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN JPSM DAERAH SIPITANG

PLK_SPTG_resize

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan mengadakan Pameran Latihan Kemahiran di daerah Sipitang pada 30 Oktober 2018 (Selasa) bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan semasa pameran ini ialah Pendaftaran Pencari Kerja Online melalui Portal Sabah Job Center dan Portal Jobs Malaysia; Ceramah Bimbingan Kerjaya dan Motivasi; Pameran Kursus-Kursus anjuran JPSM dan IPLKS; dan Demo Perkhidmatan Pelanggan. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran & Inovasi Negeri Sabah. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, para belia dan beliawanis, lepasan sekolah dan para graduan yang belum bekerja yang bermastautin di sekitar daerah Sipitang dijemput hadir ke program ini.


Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com