Copy of MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK PEROLEHAN PERUNDING (JIPP)

22 September 2022 - Sesi Pemantauan Kursus Khas Bagi DUN N.43 Kemabong Siri 6 Tahun 2022 telah dihadiri oleh En. Syed Shahridzan Sh Sihan Ketua Unit Tajaan Latihan JPSM.

Sebanyak tiga (3) kursus telah dilaksanakan iaitu Kursus Menggunting Rambut Lelaki & Wanita, Kursus Kek, Bun dan Pastri dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita.

Kursus tersebut telah bermula pada 20 hingga 24 September 2022 dan melibatkan seramai 60 orang penyertaan.