BORNEO POST ONLINE: KURSUS ANJURAN JPSM-ESSCOMPETIKAN LAPORAN SURAT KHABAR BORNEO POST ONLINE (14.08.2020) Seramai 93 penduduk Taman Harmoni, Sandakan menyertai beberapa kursus anjuran JPSM-ESSCOM yang bermula dari 10 Ogos 2020 hingga 14 Ogos 2020. Antara kursus-kursus yang dianjurkan termasuklah Kursus Membaiki Telefon Bimbit, Kursus Pemprosesan Hasil Laut, Kursus Refleksologi, Kursus Menggunting Rambut dan Kursus Fotografi. Penganjuran kursus-kursus berkenaan adalah merupakan langkah proaktif dan inisiatif ESSCOM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah bagi membantu penduduk-penduduk di daerah Sandakan khususnya penduduk di Taman Harmoni yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Encik Wong Foo Tin berkata, penganjuran kursus-kursus ini merupakan langkah proaktif dan wajar disokong dalam usaha untuk memberikan kemahiran dan latihan sekaligus dapat membantu meningkat pendapatan dan ekonomi mereka yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. Turut hadir Pengarah Tindakan Awam ESSCOM Terry Henry dan Pengarah JPSM Sabah Tuan Zainudin Bin Aman. |