Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (BPP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH

Pada 1 Julai 2013 ( sempena Hari Ulang Tahun JPSM yang ke 25 ), Unit ini telah ditubuhkan secara rasmi dan dinamakan sebagai Unit Pembangunan & Penyelenggaraan di bawah Pejabat Pengarah JPSM . Unit ini diwujudkan untuk membantu Ketua Jabatan melaksanakan program - program pembangunan dan penyelenggaraan jabatan. Pada tahun 2021, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan atau singkatannya (BPP) diwujudkan secara rasminya pada 20 Mei 2021 melalui surat jabatan JPSM(S)100-28/3(59) bagi memenuhi keperluan dan fungsian jabatan dalam melaksanakan semua aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bahagian ini. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dan dibantu oleh tiga orang Ketua Unit yang mengetuai unit masing - masing Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu:

(a) UNIT PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN (UPP)

Unit ini bertanggungjawab terhadap :

  • Melaksanakan kajian berkaitan Pembangunan Modal Insan;

  • Melaksanakan kajian mengenai dengan Indeks kepuasan pelanggan ;

  • Melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kursus di JPSM;

  • Melaksanakan kerja pengesanan mantan pelatih JPSM ; dan

  • Menyelaras dan melaksanakan program STEP

(b) UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARA (UPS)

Unit ini bertanggungjawab terhadap :

  • Menyelaras dan melaksanakan projek-projek dan program-program pembangunan jabatan ; dan

  • Menyelaras dan melaksanakan projek-projek dan program-program penyelenggaraan jabatan.

(c) UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)

Unit ini bertanggungjawab terhadap :

  • Mengurus aduan pelanggan (dalaman dan luaran)

  • Menyelaras dan melaksanakan program Kerjasama strategik jabatan.

  • Menyelaras dan melaksanakan program - program penambahbaikan dan pemantapan imej dan korporat jabatan.