Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran

OBJEKTIF KURSUS JANGKA PENDEK/SEDERHANA/PANJANG DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Objektif Kursus

Melatih modal insan dalam kursus latihan yang diserah urus kepada penyedia latihan swasta.

Syarat-syarat Kelayakan/Kriteria Pemohon (Jangka Panjang)

  1. Warga negara Malaysia

  2. Lelaki/wanita

  3. Berkahwin/bujang

  4. Berumur 17 - 40 tahun

  5. Sihat tubuh badan

  6. Boleh membaca dan mengira

  7. Tamat (SRP/PMR/SPM)

Syarat-syarat Khas Untuk Kursus-kursus Tertentu Seperti Kursus RSTG (Region Specific Tourist Guide)

  1. Lulus 6 subjek dalam SPM( termasuk BM & Sejarah)

  2. Bumiputera Sabah

Syarat-syarat Kelayakan (Kursus Jangka Pendek) PPM DUN Yang Memilih Peserta

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri sabah

  2. Umur 18 - 50 tahun.

  3. Bujang/Berkahwin

  4. Lelaki/Wanita

  5. Sihat tubuh badan

  6. Lulus PMR/PT3/SPM/Tamat Tahun 6

OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN TAJAAN LATIHAN KEMAHIRAN

BAHAGIAN/ UNITOBJEKTIF
Pelaksanaan
  1. Melatih sumber manusia dalam latihan kemahiran jangka panjang yang diserah urus kepada pembekal Latihan.

  2. Melatih sumber manusia dalam latihan kemahiran jangka pendek yang diserah urus kepada pembekal Latihan.

  3. Melaksanakan Kerjasama Pintar Program Latihan Industri Perhotelan dengan hotel/resort bertaraf 4/5 bintang di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Unit Promosi & Kerjaya
  1. Melaksanakan pameran dan kerjaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (Jobs Malaysia).

Unit Pusat Pencari Kerja Sabah dan Pengesanan
  1. Pendaftaran pencari kerja.

  2. Pendaftaran Majikan untuk mendapat pekerjaan.

  3. Memadankan (Job matching) pencari kerja dan majikan yang mendaftar di Sabah Job Portal

  4. Memastikan graduan mendapat kebolehkerjaan mengikut bidang kemahiran yang diikuti.

  5. Mengesan status graduan JPSM. (graduan ILTP dan BTLK) selepas enam (6) bulan menamatkan latihan.