Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan

SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP)

Pada 1 April 1993 ILTP diwujudkan hasil penjenamaan semula fungsi dua pusat latihan iaitu Pusat Latihan Perniagaan Bumiputera Sabah (SBTC) dan Pusat Latihan Kemahiran Bumiputera Papar (PLKB) yang telah diwujudkan sejak 1982 lagi di Pantai Manis Papar.

Fasa pertama Kompleks ILTP di Papar dengan kos anggaran sebanyak RM50 juta telah siap dibina pada penghujung tahun 1993 dan mula digunakan pada tahun 1994.

SEJARAH BANGUNAN PENTADBIRAN ILTP JPSM PAPAR

Pada 21 Februari 2013, Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Pentadbiran Baru ILTP JPSM Kampus Papar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Papar telah dilaksanakan. Penyerahan kunci telah diserah secara rasmi kepada Encik Billy Yumbod - Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Antara kemudahan ruang yang terdapat di dalam Bangunan Pentadbiran ILTP JPSM Papar adalah:

  • Bilik Mesyuarat

  • Bilik Pantri

  • Bilik Pentadbiran untuk tingkat atas dan bawah bangunan

  • Surau

  • Tandas (Tingkat atas dan bahawa)

  • Bilik-bilik Pegawai (Tingkat atas dan bawah)

  • Ruang untuk perpustakaan kampus

  • Ruang untuk kantin bangunan pentadbiran

  • Bilik suis utama

CARTA ORGANISASI ILTP

LIRIK LAGU KENANGAN DI ILTP

Pertemuan tanpa diduga

Perkenalan tidak disangkakan

Kita ditemukan di ILTP

Menjalin kasih dalam kasih Tuhan

Persahabatan terjalin mesra

Suka duka dikongsi bersama

Ilmu yang dicurahkan takkan dilupa

Sebagai bekalan hidup di masa depan

*Namun

Semuanya akan berakhir

Yang tinggal hanyalah kenangan

Kenangan yang tak bisa dilupakan

Tiada kata dapat digambarkan

Perpisahan tanpa direlakan

Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan

Kenangan di JPSM tersemat di hati

(Ulang rangkap *)

ILTP kan ku kenang selamanya

MODEL ASAS KAMPUS ILTP JPSM PAPAR

LOKASI KAMPUS ILTP JPSM PAPAR