Apakah peluang dan jaminan pekerjaan bagi lepasan pelatih JPSM?
Persijilan yang diperoleh ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan Sijil Usahasama Petronas dan JPSM serta Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST). Pelatih boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat diploma.
Bagaimana memohon jika berminat sebagai pelatih JPSM?
Calon perlu memohon melalui dalam talian sebaik sahaja permohonan dibuka. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke program temuduga.
Permohonan boleh dibuat melalui Permohonan Kursus JPSM
Apa itu ILTP?
ILTP merupakan singkatan daripada Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan. ILTP juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Bertauliah JPK di Sabah pada tahun 2005 seterusnya membolehkan semua pelatih dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap dan bidang latihan yang diikuti.