
Objektif Penubuhan
Menjadi Jabatan Peneraju dalam Pembangunan Sumber Manusia di Negeri Sabah menjelang 2030
Visi
Menjadi Jabatan Peneraju dalam Pembangunan Sumber Manusia di Negeri Sabah menjelang 2035.
Misi
Merancang dan melaksana pelbagai program latihan kemahiran bagi rakyat Sabah
Merintis peluang pekerjaan dan keusahawanan
Menyediakan perkhidmatan akreditasi / badan pentauliah Sabah
Slogan
Sentiasa Cemerlang
Dasar Kualiti JPSM
JPSM beriltizam dan komited untuk menyediakan latihan kemahiran yang diiktiraf oleh agensi pengesah demi memastikan kebolehpasaran dan kebekerjaan rakyat Sabah.
JPSM mewujudkan satu kerangka kerja untuk menentukan objektif kualiti serta kaedah pengukuran pencapaian.
JPSM komited untuk menepati semua keperluan kerajaan, jabatan dan perundangan pada setiap masa.
JPSM komited untuk membuat penambahbaikan secara berkala terhadap Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001.
JPSM berusaha untuk menyebarluas peluang pekerjaan dan bidang kerjaya.