Peralatan Penyamanan Udara HVAC Satu Fasa ME-020-2:2012

Pengenalan

Program yang ditawarkan ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek teknologi peralatan penyamanan udara yang diperlukan di industri. Pelajar akan didedahkan dengan perkara berkaitan keselamatan diri serta bengkel, lukisan teknik.

Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran merancang, menyelia menyervis, memeriksa dan membaiki bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Subjek Teras

C01 - RISK & HAZARD ASSESSMENT

C02 - REFRIGERANT HANDLING

C03 - VENTILATION FAN (1 PH) INSTALLATION & MAINTENANCE

C04 - WINDOW UNIT (1PH) INSTALLATION & MAINTENANCE

C05 - AIR COOLED SPLIT UNIT (1PH) INSTALLATION & MAINTENANCE

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 18 hingga 26 tahun

  • Bujang

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dalam SPM

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Prospek Kerjaya

Program Penyamanan Udara Domestik ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang penyamanan udara yang merangkumi kemahiran memasang, menyelenggara dan membaikpulih pelbagai jenis penghawa dingin. Selain itu, Program persijilan juruteknik servis (CSTP) yang diiktiraf oleh jabatan alam sekitar (JAS) turut disediakan. pelajar kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai juruteknik di syarikat- syarikat seperti industri perkapalan, industri pembinaan dan sebagainya yang memerlukan khidmat juruteknik penghawa dingin termasuk juga sebagai usahawan ataupun dalam bidang perniagaan.