Penjaga Jentera Elektrik

Pengenalan

Bagi Modul ini Pelajar Penjaga Jentera Elektrik ini memfokuskan kepada peranan dalam membuat kerja penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem pemasangan Elektrik dengan memastikan tatacara/prosuder keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik.

Pelajar akan menjalankan kerja-kerja pemasangan loji dan mesin,menyelenggara dan merawat,membaik pulih beberapa jenis alat dan jentera elektrik,dan mampu mengendalikan radas hidup.Pelajar juga akan diajar ciri-ciri keselamatan pengguna dengan memastikan pemasangan elektrik terselamat dari risiko kebakaran,kejutan elektrik dan mampu memberi pertolongan cemas diperingkat awal.

Subjek Teras

  1. Perkara-perkara yang berkaitan:-

a. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

b. Peraturan-peraturan Elektrik 1994

c. Pemulihan pernafasan sementara

  1. Sistem Pencegahan Kebakaran

  2. Alat-alat pelindungan dalam pemasangan Voltan rendah

  3. Elektrik Asas

  4. Pengubah(Transformer)

  5. Kabel

  6. Kabel bawah Tanah

  7. Motor dan Alat Kawalan

  8. Bateri

  9. Alatukur dan Alatuji

  10. Pendingin Udara

  11. Papan Suis Utama

  12. Pepasangan Pengguna

  13. Lampu Jalan

  14. Pembumian dan Perlindungan Kila

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 18 hingga 26 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus Subjek Matematik

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca,menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia

Prospek Kerjaya

Peserta-peserta yang berjaya menamatkan kursus Penjaga Jentera Elektrik ini dengan cemerlangnya kebiasaannya mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam sektor industri perkilangan atau perdagangan. Disamping itu dengan adanya Pembangunan Wilayah & Projek Mega, maka keperluan orang kompeten akan diperlukan bagi menjaga pemasangan mengikut sekatan yang diperlukan. Selain itu juga kebanyakan perusahaan, kilang-kilang, bangunan perkhidmatan, pasaraya besar, pusat peranginan, bangunan komersial dan lain-lain tumbuh di wilayah jajahan negeri Sabah/Semenanjung Malaysia membuka peluang pekerjaan dalam bidang elektrik dan memerlukan tenaga kompeten. Keperluan orang kompeten amat tinggi bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan mengisi segala peluang pekerjaan di dalam bidang ini. Adalah menjadi harapan pihak kami dan seiring atau bersama Suruhanjaya Tenaga melahirkan tenaga kompeten yang mahir.