Jurukecantikan dan Dandanan Rambut

Pengenalan

Perkhidmatan Jurukecantikan ini memfokuskan kepada perkhidmatan penjagaan perawatan muka, teknik makeup, perawatan manikur, pedikur dan nail art. Manakala Perkhidmatan Dandanan Rambut memfokuskan kepada Mensyampu rambut, menjaga rambut dan kulit kepala, menggayakan rambut, menggunting rambut, mengeriting rambut, mewarna rambut dan melurus rambut. Ini memberikan informasi pengetahuan dan kemahiran kepada seseorang pekerja mengenai perawatan kecantikan dan Dandanan Rambut di Salon-salon kecantikan dan Dandanan Rambut.

Subjek Jurukecantikan (Asas)

  • Facial

  • Solekan

  • Manikur

  • Pedikur

  • Nail Art

Subjek Dandanan Rambut (Asas)

  • Mensyampu Rambut

  • Menjaga Rambut dan Kulit Kepala.

  • Menggayakan Rambut

  • Menggunting Rambut

  • Mengeriting Rambut

  • Mewarna Rambut

  • Melurus rambut

Subjek Tambahan

  • Prinsip Pemasaran & Perniagaan Kecil

  • English Basic Communication

Kelayakan Masuk

  • Lelaki Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 18 hingga 45 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Prospek Kerjaya

Dalam bidang ini, pelatih berpeluang bekerja dalam pelbagai bentuk pekerjaan dalam industri perkhidmatan kecantikan dan penggayaan rambut, menjadi perunding kecantikan, boleh membuka perniagaan sendiri dan menjadi tenaga pengajar.

MOHON SEKARANG