08-09 MAC 2023 - 3rd BIMP-EAGA TVET CONFERENCES 2023.
Seramai lima (5) pegawai Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menghadiri 3rd BIMP-EAGA TVET Conference 2023 yang diadakan di Pullman Hotel Kuching.
Persidangan tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) dan Sarawak Skills yang bertemakan “TVET TO DRIVE INNOVATION AND TALENT DEVELOPMENT”.
Rombongan JPSM yang diketuai oleh Puan Dg Norsiah binti Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, serta empat (4) orang pegawai yang turut hadir sama.