12 APRIL 2023 (SELASA) - HARI PERTAMA
BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
JPSM sedang melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan OACP JPSM bermula 12 April 2023 hingga 14 April 2023. Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Pengenalan Bengkel OACP disampaikan oleh Puan Siti Nerwana binti Arjana, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Kerjaya JPSM.
Turut hadir ke Bengkel Pelaksanaan Pembangunan OACP JPSM ini adalah Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, Encik Mohd Asril bin Sharil, fasilitator undangan daripada Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai JPSM.