Bengkel User Acceptance Test (UAT) bagi sistem MyILTP telah dilaksanakan pada Khamis, 12 Februari 2026, khusus untuk pegawai dan pengajar ILTP. Bengkel ini bertujuan untuk menguji fungsi serta modul sistem sebelum pelaksanaan sepenuhnya.
Melalui bengkel ini, para peserta diberi peluang untuk menilai, menguji dan memberikan maklum balas bagi memastikan sistem MyILTP dapat beroperasi dengan lancar serta memenuhi keperluan pengguna.