15 JULAI 2023 (SABTU) - Tingkat 6, Auditorium Institut Sinaran
CERAMAH DAN FORUM TVET 2023 - THE WAY FORWARD
Seramai lapan (8) orang pegawai dan kakitangan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) telah menghadiri FORUM TVET 2023 - THE WAY FOWARD yang dianjurkan oleh Institut Sinaran (IS) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan TechZone (MBOT) Sabah.
Program forum ini turut disokong oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) .
Antara tujuan utama forum mengenai pendidikan teknikal, vokasional dan profesional (TVET dan TPET) ini ialah untuk memupuk pemahaman tentang TVET/TPET sebagai laluan yang lebih jelas kepada prospek pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik, yang mana dikhaskan untuk kumpulan pelajar B40 dan M40 yang bersedia untuk mengambil pendidikan kemahiran dan teknikal sebagai laluan pembelajaran.
Penyertaan forum tertumpu kepada penglibatan guru-guru sekolah menengah daripada daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar.
Perasmian program forum ini telah disempurnakan oleh Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap I, mewakili Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).