Ceramah dan Latihan Kecemasan Kebakaran di Kampus ILTP, Papar

3 MAC 2025 (HARI ISNIN): DEWAN SERBAGUNA ILTP, JPSM PAPAR

CERAMAH DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

Sesi ceramah dan latihan kecemasan kebakaran telah diadakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar bertempat di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Papar. Program ini telah disertai oleh 120 pelatih baharu dan tenaga pengajar di Institut berkenaan. Selain ceramah, peserta juga diberi latihan menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran kecil.

Ceramah dan Latihan telah dikendalikan oleh:

  1. Tuan Rozlan bin Osman, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar

  2. Encik Ismail bin Chalah, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Papar

  3. Encik Norman bin Karim, Pegawai Bomba Kanan

Video / Gambar - Pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM sedang mencuba memadam api semasa demonstrasi memadam api dengan menggunakan alat pemadam api kecil (APAK) di perkarangan Kawasan Assembly Point Kampus ILTP, JPSM Papar.