CERAMAH KESEDARAN JENAYAH GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA KEPADA PELATIH INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN(ILTP) JPSM, PAPAR

28 OKTOBER 2022 (JUMAAT): CERAMAH KESEDARAN JENAYAH GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA KEPADA PELATIH INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN(ILTP) JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM), PAPAR

Pelatih Program Setiausaha Korporat Eksekutif Tahap 3 (FB-025-3:2012), Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, JPSM telah menganjurkan dua sesi ceramah kepada seramai 230 orang pelatih ILTP, JPSM. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan serta kesedaran mengenai jenayah seksual di tempat kerja kepada pelatih. Dua penceramah yang dijemput memberi ceramah adalah Puan Asriyah Abdul Hafid, Penolong Pengarah Tenaga Kerja di Jabatan Tenaga Kerja Sabah menyampaikan ceramah berkaitan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di tempat kerja. Ceramah juga menerangkan dan memberi nasihat berkaitan undang-undang dalam kes yang melibatkan gangguan seksual tempat kerja. Pada sesi kedua ceramah, ASP Rismahwati@Juliza bte Suriansah, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah telah menyampaikan Ceramah bertajuk Gangguan Seksual: Apa Yang Anda Patut Tahu?. Di akhir sesi ceramah pelatih diberikan peluang untuk bertanya soalan terus kepada ASP Rismahwati@Juliza bte Suriansah. Turut hadir, Puan Irene binti Ahmin, Pegawai Pengesah Dalaman, Puan Erny Farhana binti Jainin dan Puan Hollyviana Maricellinus, Pegawai Penilai Program Setiausaha Korporat Eksekutif.