Jemputan kepada para Penyedia Latihan untuk melaksanakan Kursus Memproses Pelbagai Jenis Kerepek anjuran JPSM bagi Dun N.44 Tulid.
Para Penyedia latihan diwajibkan untuk mendaftar di Sistem Silk (Sistem Latihan Kemahiran Bersepadu) melalui link di bawah ini:-
Link Pendaftaran Sistem SILK :-
(1) Tenaga Pengajar - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-tp
(2) Penyedia Latihan - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-pl
Setelah mendaftar, Penyedia Latihan boleh memohon menyertai iklan sebutharga Kursus dalam Sistem SILK.
Syarat-syarat menjadi penyedia Latihan Kursus Kemahiran anjuran JPSM:-
• Mempunyai lesen perniagaan yang sah(Salinan sahkan benar oleh DBKK atau pengeluar lesen);
• Pengalaman mengajar tidak Kurang dari dua (2) tahun dalam bidang Kursus(sertakan dokumen kelayakan dan pengalaman);
• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan
• Mempunyai kewangan yang kukuh (tiga (3) bulan penyata akaun bank dengan baki penyata tidak kurang daripada RM9000)
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran Kursus.
Tarikh Tutup permohonan : 30 Januari 2026 (Jumaat) Jam 3.00 Petang
Untuk Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui aplikasi whatsapp ke talian berikut:-
Tel : Lenny (010-6639211)