Hospitality Engagement Learning Program (HELP) – Pengambilan 2026

Hospitality Engagement Learning Program (HELP) - Pengambilan 2026

Anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Shangri-La Rasa Ria Resort, Kota Kinabalu.

Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang hospitaliti melalui latihan berasaskan industri di resort bertaraf antarabangsa. Peserta akan mengikuti latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap II dan Tahap III.

Antara bidang latihan yang ditawarkan termasuk:

- Food & Beverage Service Operation

- Housekeeping Operation

- Pastry Production

- Front Office Operation

- Retail Outlet Operation dan lain-lain.

Kemudahan yang disediakan:

- Elaun bulanan, penginapan, makan dan minum, insurans berkelompok, kemudahan klinik panel serta peluang pekerjaan selepas tamat latihan (tertakluk kepada kekosongan jawatan).

Syarat kelayakan:

- Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

- Berumur antara 18 hingga 26 tahun

- Sihat tubuh badan

- Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris

Pendaftaran kini dibuka.

- Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan berikut untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSelAMr1CHr…/viewform…