IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH SAMBILAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA NEGERI SABAH (KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SABAH)

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan sukacita mempelawa calon-calon Bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sambilan di Kampus Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Jalan Pantai Manis, Papar, Sabah.

(1) Jawatan : JURULATIH SAMBILAN

(2) Taraf Jawatan : Sambilan

(3) Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar secara jam

(4) Kekosongan :

  1. Subjek Pengajian Islam - Dua (2) kekosongan

  2. SKM Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2012) -Satu (1) kekosongan

  3. SKM Operasi Pengemasan dan Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013) atau SKM Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019) - Dua (2) kekosongan

(5) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i) Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;

ii) Kekosongan 1 : Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Pendidikan Islam daripada institusi pengajian tinggi (awam dan swasta)

iii) Kekosongan 2 dan 3 :

a. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan dua (2) tahun pengalaman kerja; atau Diploma Kemahiran Malaysia dengan dua (2) tahun pengalaman kerja;

b. Memiliki Sijil Vocational Training Officer (VTO); dan

c. Memiliki Sijil Induksi Pentauliahan PP / PPD / PPB

(6) Cara-Cara Memohon :

(a) Calon-calon yang berminat dan memiliki syarat-syarat kelayakan boleh mendapatkan Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan dari JPSM di Tingkat 5, Wisma Bandaraya pada 17 Mei 2021 sehingga 25 Mei 2021. Calon-calon hendaklah memastikan borang diisi dengan lengkap dan menyertakan dokumen seperti berikut:

- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport;

- Salinan sijil kelahiran;

- Salinan kad pengenalan;

- Salinan Sijil SPM, SKM & Diploma, DKM atau Ijazah

- Lain-lain Sijil / Dokumen yang berkaitan.

Calon juga boleh memuat turun borang permohonan di pautan berikut:-

SILA KLIK DI SINI

(c) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu (u.p: Encik Mas Syazani Bin Masood) sebelum atau pada 8 Jun 2021.

(7) Catatan Am :

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh Tiga (3) bulan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan dan risiko semasa menghadiri temuduga.

Pengarah

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM)

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah

Tingkat 4, 5 & 7, Wisma Bandaraya

Beg Berkunci 198

88000 Kota Kinabalu

SABAH

Tel: 088 218723 / 218730 / 224607