ILTP JPSM Papar telah menerima lawatan Audit daripada TWI Malaysia susulan daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah pertama perlaksanaan program di bengkel kimpalan. Lawatan ini merangkumi penilaian fasiliti, perancangan kursus-kursus persijilan, tambahbaik sistem program serta aspek-aspek berkaitan bagi memastikan pematuhan kepada standard yang telah ditetapkan.