Jemputan Menjadi Penyedia Latihan Kursus Tajaan JPSM Tahun 2023 - Tarikh Tutup dilanjutkan kepada 28 Februari 2023

JEMPUTAN KEPADA PENYEDIA LATIHAN UNTUK MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) TAHUN 2023

SYARAT - SYARAT MENJADI PENYEDIA LATIHAN KURSUS JANGKA PENDEK JPSM:

• Mempunyai lesen perniagaan dalam bidang yang sesuai (Khidmat Latihan atau Tenaga Pengajar);

• Pengalaman tidak kurang dari dua (2) tahun (Lampirkan dokumen kelayakan dan pengalaman);

• Mempunyai modul latihan kursus dan jadual mengajar yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan (Lampirkan);

• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan

• Sumber kewangan yang mencukupi (Lampirkan salinan tiga (3) bulan penyata akaun bank yang terkini).

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran kursus.

JIKA BERMINAT, SILA LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN MELALUI PAUTAN BERIKUT DI FB JPSM ATAU DENGAN MENGIMBAS KOD QR YANG DISERTAKAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 FEBRUARI 2023 (SELASA) JAM 5.00 PETANG

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :-

TEL : 088-218722 sambungan 125 (Encik. Mahathir) / 110 (Cik Sandra) / 137 (Encik Shafiq Izzuddin)