Jemputan menyertai kursus kemahiran (dalam talian) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan melaksanakan kursus kemahiran (dalam talian) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor, Bandau, Pintasan, Tempasuk, Sulaman, Pantai, Petagas, Tanjung Keramat, Moyog, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, dan Membakut

Sehubungan dengan itu masyarakat setempat yang berada di sekitar Kawasan DUN berkenaan adalah dipelawa untuk mengikut kursus kemahiran yang disediakan oleh JPSM.

Syarat-syarat permohonan kursus adalah seperti berikut:-

a. Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya telefon pintar (smartphone);

b. Pemohon digalakkan menggunakan komputer desktop (PC) atau komputer riba (laptop);

c. Pemohon daripada golongan B40 dan individu hilang pekerjaan adalah diutamakan. Pemohon hendaklah dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 55 tahun;

d. Pemohon hendaklah mempunyai no. perhubungan yang aktif dan boleh dihubungi. Permohonan akan dibatalkan jika gagal dihubungi;

e. Capaian internet yang stabil adalah diperlukan untuk mengikuti kursus ini.

Permohonan kursus boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pada Pautan Berikut:

https://forms.gle/bJDTRSoRn6j8HkKw8

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi Talian Berikut:

No. Tel: 088-218722 sambungan 110 (Encik Mohd Azuan Amat) atau 137 (Puan Murtha Binti Mangun @ Emmy) pada masa waktu pejabat.