JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS KEMAHIRAN TAJAAN JPSM (ATAS TALIAN) PASCA COVID SIRI 3/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan melaksanakan kursus kemahiran (dalam talian) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Karambunai, Darau, Inanam, Likas, Tanjung Aru, Api-Api dan Luyang.

Sehubungan dengan itu masyarakat setempat yang berada di sekitar Kawasan DUN berkenaan adalah dipelawa untuk mengikut kursus kemahiran yang disediakan oleh JPSM.

Syarat-syarat permohonan kursus adalah seperti berikut:-

a. Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya telefon pintar (smartphone);

b. Pemohon digalakkan menggunakan komputer desktop (PC) atau komputer riba (laptop);

c. Pemohon daripada golongan B40 dan individu hilang pekerjaan adalah diutamakan. Pemohon hendaklah dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 55 tahun;

d. Pemohon hendaklah mempunyai no. perhubungan yang aktif dan boleh dihubungi. Permohonan akan dibatalkan jika gagal dihubungi;

e. Capaian internet yang stabil adalah diperlukan untuk mengikuti kursus ini.

Permohonan kursus boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pada Pautan Berikut:

https://forms.gle/GqtX2q9rUnJoaZhP7

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi Talian Berikut:

No. Tel: 088-218722 sambungan 110 (Encik Mohd Azuan Amat) atau sambungan 137 (Puan Murtha Binti Mangun @ Emmy) pada masa waktu pejabat.

Tarikh Tutup Permohonan : 23 September 2021(Khamis) Pukul 2.00 Petang