JEMPUTAN UNTUK PENYEDIA LATIHAN MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JPSM ZON PANTAI BARAT SABAH TAHUN 2022

JEMPUTAN UNTUK PENYEDIA LATIHAN MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JPSM ZON PANTAI BARAT SABAH TAHUN 2022.

SYARAT - SYARAT MENJADI PENYEDIA LATIHAN KURSUS PENDEK JPSM:

• Mempunyai lesen perniagaan dan bidang yang sesuai;

• Penyedia Latihan mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun (Lampirkan dokumen kelayakan dan pengalaman);

• Mempunyai modul latihan kursus dan jadual mengajar yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan (Lampirkan);

• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan

• Sumber kewangan yang mencukupi (Lampirkan salinan tiga (3) bulan penyata akaun bank yang terkini).

JIKA BERMINAT, SILA MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PAUTAN DI BAWAH:

https://drive.google.com/…/1v7D…/view

Sila serahkan ke Pejabat JPSM Tingkat 7, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu borang permohonan yang lengkap diisi berserta Profil Syarikat dan dokumen yang diperlukan seperti di atas.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran kursus.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 MAC 2022 (SELASA) JAM 12:30 TENGAH HARI

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :-

TEL : 088-218722 sambungan 110 (Encik Azuan) , 137 (Puan Murtha), 136 (Puan Sandra) / 125 (Encik Mahathir)