JPSM turut serta meraikan Pameran MAHA 2024 di Taman Expo Pertanian (MAEPS) Serdang, Selangor

21 September 2024 (Sabtu) - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

Meraikan 100 tahun penganjuran MAHA 2024, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) hadir bagi menyaksikan Program MAHA yang membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Melangkaui satu (1) abad MAHA, fokus utama program adalah 100 Tahun MAHA, Pertanian, Kelestarian, Modal Insan MADANI, Teknologi, Agro Pelancongan, MAHA Go Global dan Pelaburan.

JPSM dihadiri oleh YBhg. Puan Celestina Aron, Pengarah JPSM, Encik Ts. Gillson Gilbert Tiwol, Puan Hariyati binti Mustapha dan Encik Rupert Badsun.