25 Jun 2022 - Karnival Pekerjaan & Kerjaya Kota Belud 2022 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO Negeri Sabah dan Pejabat daerah Kota Belud telah menawarkan lebih 1000 kekosongan jawatan kepada belia dan beliawanis Kota Belud. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Fairuz Renddan, Adun N.8 Pintasan. Majlis ini juga diselitkan dengan penyampaian sijil bagi 7 kursus jangka pendek BTLK JPSM yang telah dilaksanakan di daerah Kota Belud. Antara kursus yang telah dilaksanakan adalah Kursus membuat pelbagai jenis sos dan pes, kursus membuat kek, bun dan pastri, kursus memproses makanan berasaskan soya, kursus menjahit, kursus membaiki telefon bimbit, kursus pembangunan laman web dan kursus asas refleksologi.