Kaunter Pameran dan Pendaftaran SJP JPSM sempena Program Outreach Santuni Wanita

27 Ogos 2024, Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort

PROGRAM OUTREACH SANTUNI WANITA: “MERAKYATKAN PERKHIDMATAN KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT”

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah menyertai Program Outreach Santuni Wanita anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Flovia Ng.

Bahagian Khidmat Kerjaya telah membuka Kaunter Pameran dan Pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) kepada pengunjung dan pencari kerja.