Kempen Derma Darah Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu

19 FEBRUARI 2024 (ISNIN) : DEWAN SERBAGUNA ILTP, JPSM PAPAR

KEMPEN DERMA DARAH JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II KOTA KINABALU

Seramai 76 orang pelatih ILTP, JPSM Papar telah menyertai Kempen Derma Darah Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu dengan kerjasama ILTP, JPSM.

Tujuan Kempen tersebut diadakan adalah untuk meningkatkam bekalan darah dan memastikan tahap bekalan darah sentiasa berada di paras selamat.

Penolong Pegawai Penerangan, Unit Rekrutmen dan Publisiti, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II, Puan Lorna Abie menzahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan penganjuran Program Derma Darah tersebut.