9 OGOS 2024 (HARI JUMAAT): DEWAN SERBAGUNA ILTP JPSM, PAPAR
KEMPEN DERMA DARAH JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II KOTA KINABALU
Seramai 44 orang terdiri daripada staf dan pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Papar telah menyertai Kempen Derma Darah Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu dengan kerjasama ILTP, JPSM.
Tujuan Kempen tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan darah yang selamat, berkualiti dan mencukupi untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.
Penolong Pegawai Penerangan, Unit Rekrutmen dan Publisiti, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II, Encik Jorimin Langap menzahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan penganjuran Program Derma Darah tersebut.