LAWATAN PERJUMPAAN RASMI ASCOT ACADEMY KE JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) - 06 JULAI 2023 (KHAMIS).
JPSM telah menerima maklumat berkenaan Laporan Impak dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran : Diploma in Food Preparation and Culinary Arts (City & Guilds of London Institute) yang disampaikan oleh En. Abdul Razak Egoh, Ketua Pegawai Eksekutif Ascot Academy.
Seramai 19 pelatih yang dibiayai oleh JPSM telah menamatkan latihan bersama Ascot Academy mulai Oktober 2022 hingga 30 Jun 2023 (9 bulan). Kesemua pelatih tersebut telah mendapat pekerjaan bersama dengan rakan-rakan industri perhotelan di Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Syabas diucapkan!