23 Februari 2025 (Isnin) | Bilik Cenderawasih, Tingkat 7, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu
Kunjungan hormat daripada Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).
Sesi ini turut dihadiri oleh Cik Kamisah binti Husi, selaku Pengarah Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat UMS bersama barisan staf. Kunjungan ini diadakan bagi memperkenalkan fungsi, peranan serta inisiatif BKePT, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara UMS dan JPSM.