7 April 2026 (Selasa) | Aras 13, Bilik Mesyuarat Broadband, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Kunjungan hormat daripada YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat bersama rombongan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Puan Kamsiah binti Ibrahim.
Kunjungan ini diadakan bagi tujuan pengenalan kepada JPSM dan Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP). Sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi, peranan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh JPSM dan ILTP dalam memperkasa pembangunan latihan kemahiran belia and beliawanis di Sabah.