KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA

5 Oktober 2022 - Rombongan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM) yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berusaha Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JPK iaitu Encik Mohd Shukri bin Ismail, Pengarah Bahagian Pensijilan Kompetensi, Encik Md Kamal Fauzi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Encik Rohaizat bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentauliahan, Ts. Izwan Helmizan bin Ishak, Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pentauliahan, dan Encik Muhammad Salleh bin Maulud, Penolong Kanan Pengarah, Unit Perhubungan Awam.

Selain daripada mengeratkan lagi hubungan kerjasama, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan naziran dan khidmat nasihat JPK terutamanya berkenaan pentauliahan dan menaiktaraf program-program di bawah JPK, pelarasan jumlah jam program, pembangunan dan pengemaskinian Written Instructional Material (WIM) dan menambahbaik tatacara pembayaran yuran latihan pelatih.

Di pertemuan ini, JPSM turut mengucapkan setinggi tahniah kepada Ts. Dr. mohamad bin Sulaiman di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JPK yang baharu.