KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JPSM DAN ROMBONGAN KE IBU PEJABAT UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (UPPM), JABATAN KETUA MENTERI

8 April 2021 | Kunjungan Hormat Pengarah JPSM ke Ibu Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan kerjasama antara JPSM dan UPPM berkaitan perancangan program pembangunan modal insan khususnya kursus kemahiran jangka pendek yang dijadualkan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Sabah.

JPSM merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Matbali Musah , Pengarah UPPM di atas kesudian menerima kunjungan kami.