Sekitar pelaksanaan kursus anjuran JPSM dan Majlis Penutupan Kursus bertempat di Mini Dewan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).
Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Noorhikmah Binti Masir selaku Pengetua IPDAS.
Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:
1. Kursus Asas Pendawaian Elektrik dikendalikan oleh Giatmara Penampang
2. Kursus Kek, Bun dan Pastri dikendalikan oleh Masa Kiara
Seramai 40 peserta terdiri daripada pelajar IPDAS telah menyertai kursus yang berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 1 hingga 5 November 2022.