Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) secara fizikal yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Oleh itu, para usahawan dan bakal usahawan di Sandakan yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 27 - 28 Mei 2023.
Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan peserta juga turut disediakan sepanjang kursus.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:
https://forms.gle/FBpRZRyNDtvyh8f36
Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mei 2023 (Hari Jumaat).
KURSUS ADALAH PERCUMA DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA