Kursus Keusahawanan (dalam talian) anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan melaksanakan kursus keusahawanan (dalam talian) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Bengkoka, Matunggong, Tandek, usukan, Kadamaian, Tamparuli, Kiulu, Kepayan dan Limbahau.

Sehubungan dengan itu masyarakat setempat yang berada di sekitar Kawasan DUN berkenaan adalah dipelawa untuk mengikut kursus keusahawanan yang disediakan oleh JPSM.

Syarat-syarat permohonan kursus adalah seperti berikut:-

a. Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya telefon pintar (smartphone);

b. Pemohon digalakkan menggunakan komputer desktop (PC) atau komputer riba (laptop);

c. Pemohon daripada golongan B40 dan individu hilang pekerjaan adalah diutamakan. Pemohon hendaklah dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 55 tahun;

d. Pemohon hendaklah mempunyai no. perhubungan yang aktif dan boleh dihubungi. Permohonan akan dibatalkan jika gagal dihubungi;

e. Capaian internet yang stabil adalah diperlukan untuk mengikuti kursus ini.

Permohonan kursus boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pada Pautan Berikut:

https://forms.gle/MRiQqL6qwWw6dgnWA

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi Talian Berikut:

No. Tel: 088-218722 sambungan 136 (Puan Sandra) / 125 (Encik Mahathir) pada masa waktu pejabat.

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2021 (ISNIN)

Sekian dan terima kasih.

‘SABAH MAJU JAYA’