KURSUS MEMBUAT PASTRI, KEK DAN BUN SECARA DALAMAN

JPSM telah mengadakan Kursus Membuat Pastri, Kek dan Bun secara dalaman pada 11 April 2021 di Sri Kajura, Putatan. Kursus yang telah dihadiri oleh 22 peserta adalah bagi memberi pengetahuan dan kemahiran asas di samping mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga JPSM dan KSTI. Kursus turut dihadiri Puan Jasmine Teo, Setiausaha Tetap KSTI, Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM serta agensi di bawah KSTI.