8 dan 9 Januari 2024 - Tingkat 13, Ruang Legar, Wisma Bandaraya
KURSUS PEMANTAPAN IMEJ PROFESIONAL
Kursus diadakan bertujuan untuk memantapkan penampilan imej dan etika kakitangan ketika berurusan di pejabat, menghadiri mesyuarat atau menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi.
Seramai 35 orang kakitangan JPSM menghadiri kursus ini, termasuk tenaga pengajar ILTP.
Puan Mary Anni Masarip dari Training Cube International dilantik selaku khidmat perunding sepanjang kursus yang berlangsung selama 2 hari.