9-13 MEI 2022 : Seramai 30 orang jurulatih, Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan, JPSM telah mengikuti Kursus Pembangunan Written Instructional Material (Wim ) di Dewan Kuliah JPSM, Wisma Muis, Kota Kinabalu. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh dua orang Fasilitator/Penceramah dari Pusat Latihan Kemahiran Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Selangor Darul Ehsan. Turut hadir sebagai pemerhati adalah Pegawai Latihan Kanan / Pengurus Pusat Bertauliah ILTP, Puan Justina Lojuti dan Ketua Program Perdagangan, Puan Agnes D Mikil.