30 Oktober 2025 - Wisma bandaraya, Tingkat 13, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Kursus SIRIM Certified Internal Auditor (CIA) telah diadakan pada 28 Oktober 2025 hingga 30 Oktober 2025. Kursus ini berlangsung selama tiga (3) hari. Seramai 16 orang pegawai mengikuti kursus ini.
Kursus ini dikendalikan oleh Encik Khalid B. Libar Penceramah daripada SIRIM dan bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam melaksanakan audit dalaman mengikut piawaian ISO.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada prinsip, teknik, dan amalan terbaik dalam pelaksanaan audit dalaman bagi memperkukuh sistem pengurusan kualiti organisasi.