28 Februari 2024 (Rabu) - Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah mengadakan satu (1) lawatan kerja ke Malaysia Automotive, Robotics and IoT (MARii), Cyberjaya.
Antara tempat yang di lawat adalah MARii Additive Manufacturing Technology Centre (MAMTEC) dan MARii Simulation and Analysis Center (MARSAC).
Selain itu, JPSM juga mengadakan lawatan penanda arasan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBN Dusun Tua) berkaitan Pusat Latihan Kenderaan Elektrik.
Rombongan dihadiri oleh Tuan Rusdi Belun, Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT 1) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Tuan Syahrin bin Samsir, TSUT 2 KSTI, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah JPSM, Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah JPSM serta pegawai-pegawai JPSM dan KSTI.