01 Oktober 2022 - Pegawai JPSM yang diketuai oleh Pengarah JPSM Puan Tianinun Binti Iping diiringi oleh Puan Dg. Norsiah Binti Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, Ketua 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗞𝗞 Encik Dyson Chee dan Ketua Unit Tenaga Kerja Puan Regina M. Sikain telah mengadakan lawatan pemantauan terhadap pelatih yang telah mengikuti program 𝗛𝗘𝗟𝗣 (𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗘𝗻𝗴𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺) anjuran JPSM dengan kerjasama Jen Johor Puteri Harbour bertempat di Negeri Johor Darul Tazim. Seramai lapan (8) peserta sedang mengikuti program enam (6) bulan tersebut bermula pada 21 April 2022 dan akan tamat pada 20 Oktober 2022.
Pengarah JPSM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelatih tersebut.