28 FEBRUARI 2023 (SELASA) : LAWATAN RASMI YANG BERHORMAT MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH KE INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) KAMPUS PAPAR JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) SABAH
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) pada 28 Februari 2023.
Bersempena dengan lawatan tersebut, Yang Berbahagia Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia menyampaikan taklimat jabatan, disusuli dengan ucapan amanat daripada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Turut hadir adalah Yang Berbahagia Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Musleha Khairunisa binti Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) serta warga JPSM.