LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PUSAT LATIHAN VOKASIONAL PERTANIAN, LAHAD DATU KE ILTP JPSM PAPAR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PUSAT LATIHAN VOKASIONAL PERTANIAN, LAHAD DATU KE INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP JPSM PAPAR)

10 November 2021 - ILTP JPSM Papar telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Pusat Latihan Vokasional Pertanian, Lahad Datu. Seramai tujuh (7) orang pegawai dan pensyarah pusat latihan tersebut terlibat dalam rombongan lawatan ini. Rombongan lawatan berkenaan yang diketuai oleh Encik Jolin Umin telah disambut oleh Puan Justina Lojuti, Pegawai Latihan Kanan selaku Pengurus Pusat Bertauliah ILTP dan Encik Saiful Zahrin bin Jasri, Pengurus Kampus ILTP.

Pada lawatan itu, rombongan turut berkesempatan mendengar taklimat ringkas daripada Pengurus Pusat Bertauliah ILTP mengenai Kampus ILTP JPSM dan khususnya Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah. Seterusnya rombongan juga dibawa melawat ke Bahagian Perdagangan dan juga Bahagian Teknikal bagi melihat suasana kelas semasa sesi teori dan amali sedang dijalankan. Antara tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai dan pensyarah pusat latihan tersebut berkaitan dengan peranan ILTP sebagai salah satu Pusat Bertauliah di Negeri Sabah.