22 Oktober 2025 (Hari Rabu) | Jabatan Arkib Negeri Sabah, Perpusatakaan Negeri Sabah dan Petrosains PlaySmart Kota Kinabalu.
Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Arkib Negeri Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan Petrosains Playsmart Kota Kinabalu
Seramai 24 pelatih dari Program Pentadbiran Pejabat Tahap 3, Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Arkib Negeri Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan Petrosains PlaySmart Kota Kinabalu. Rombongan pelatih telah diiringi oleh Puan Lairin Jusipat, Pegawai Penilai Program Pentadbiran Pejabat Tahap 3.